`Saya PAS, bukan Bebas – Shahidan

Dato' Seri Dr Shahidan Kassim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat, hari ini gamat apabila Datuk Seri Shahidan Kassim yang lantang bersuara meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, membetulkan fakta pada komputer di mejanya

- Advertisement -

“Saya nama Datuk Seri Shahidan Kassim, tetapi ditulis di situ….Bebas Arau,” katanya yang menyebabkan keadaan Dewan Rakyat riuh rendah.

Shahidan berkata beliau adalah Ahli Parlimen PAS dari PERIKATAN NASIONAL (PN), selain menyatakan gambarnya tiada.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, kemudian secara berseloroh mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan serta merta untuk membetulkan kesilapan itu.

Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan memperoleh majoriti 23,216 menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rozabil Abd Rahman dan calon muda, Fathin Amelina Fazlie dari Pakatan Harapan (PH).

Beliau bertanding atas tiket PN selepas digugurkan oleh BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berjaya memperoleh sebanyak 31,458 undi, jauh mengatasi Rozabil sekitar 8,242 undi dan Fathin sebanyak 7,089 undi.

Pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar antara 1995 hingga 2008, Shahidan menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018. – HARAKAHDAILY 20/12/2022

- Advertisement -