Israel, Singapura antara tidak pakai tali leher

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Israel dan Singapura adalah antara negara yang membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika persidangan Parlimen.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Arau berkata, kebanyakan negara lain masih memakai tali leher seperti yang dipakainya dan Ahli Parlimen lain di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, supaya turut membuat perbandingan sedikit mengenai negara yang tidak memakai tali leher.

Sebelum itu, Johari mencelah dengan berkata, banyak negara Arab membenarkan tali leher tidak dipakai ketika persidangan Parlimen.

“Speaker dan kami semua (PERIKATAN NASIONAL) tertib (kerana memakai tali leher), puak-puak ini saya tak tahu. Jadi saya minta Yang Berhormat, tolong buat perbandingan sedikit,” kata Shahidan di Dewan Rakyat, hari ini.

M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) sebelum itu memuji Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana membuat keputusan membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika persidangan Parlimen.

Beliau meminta supaya kebenaran itu diteruskan dalam persidangan Parlimen akan datang. – HARAKAHDAILY 20/12/2022

- Advertisement -