Sidang Dewan Rakyat tidak halang Ahli Parlimen cakna mangsa banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Baru sahaja memulakan tugas sebagai Ahli Parlimen (MP) pada hari ini ketika Persidangan Dewan Rakyat berlangsung, namun ia tidak menghalang beliau daripada melunaskan tanggungjawab terhadap rakyat yang berdepan dengan bencana banjir di Kelantan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman berkata, keadaan hujan masih berterusan di Bachok sehingga menyebabkan semakin banyak rumah penduduk ditenggelami air. 

Menurutnya, penduduk yang terjejas di beberapa buah kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). 

“Bantuan awal telah digerakkan oleh agensi penyelamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penghulu-penghulu, di samping pasukan sukarelawan.

“Sentiasa waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Semoga keadaan segera pulih. Kepada Allah kita memohon perlindungan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Hari ini Syahir bersama 73 ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dato’ Johari Abdul.

Anggota tentera menghantar bantuan ke PPS di Ketereh, Kelantan.

Sementara itu ahli parlimen Ketereh Mejar Jeneral (B), Dato’ Khlir Mohd Nor berkata, sehingga sekarang seramai 444 penduduk di beberapa kampung di Melor dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Melor.

Menurutnya, pasukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor diketuaiDato Fendi bersama 12 anggota tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarela membantu mangsa banjir sejak semalam. 

“Pagi ini sebanyak 500 bungkus nasi dihantar ke pusat pusat pemindahan. 

“Penduduk yang menghadapi masalah boleh hubungi team mengikut DUN masing-masing atau hubungi 999. Bantuan akan dihantar segera,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/12/2022

- Advertisement -