LESTARI alu-alukan Dayangku Intan sertai PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat (LESTARI) mengalu-alukan penyertaaan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang juga sangat dikenali sebagai Dayangku Intan, seorang penyanyi terkemuka tanah air era 1980-an, ke dalam parti PAS.

- Advertisement -

LESTARI dalam satu keyataan hari ini juga amat mengalu-alukan dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan beliau dalam kerja-kerja seni dan kebudayaan yang patuh syariah pada masa-masa akan datang.

“LESTARI merupakan sebuah platform atau wadah untuk menghimpunkan anak-anak seni yang berhijrah untuk kita mengadakan pelbagai pengisian rohani di mana usrah-usrah anak seni dipimpin oleh naqib-naqib yang berwibawa di tanah air kita,” ujar kenyataan itu.

Justeru, LESTARI berharap semoga Dayangku Intan akan terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Semalam, Dayangku Intan bersama Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin dan rakan-rakan secara rasminya telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada PAS Kawasan Seremban.

Beliau yang bermastautin di Lenggeng sebelum ini merupakan ahli PKR. – HARAKAHDAILY 18/12/2022

- Advertisement -