Adun PAS perlu bantu perkasa SRITI, SMITI

- Advertisement -

LENGGONG: Wakil-wakil rakyat PAS di Perak disaran memperkasakan institusi pendidikan di bawah kendalian PAS termasuk Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, usaha itu bagi memastikan institusi-institusi berkenaan dapat memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Katanya, di Perak terdapat seramai 17 Adun PAS daripada 26 wakil rakyat PERIKATAN NASIONAL (PN) yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Saya mengajak semua anggota masyarakat bersama-sama berganding bahu bagi memartabatkan pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika merasmikan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, baru-baru ini.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata, kepentingan ilmu tidak dapat dinafikan lagi dalam Islam bagi meningkatkan taraf hidup seseorang.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana berjaya menganjurkan program tersebut.

SRITI dan SMITI merupakan institusi pendidikan yang dikendalikan Dewan Pemuda PAS sebagai kesinambungan kepada PASTI. Institusi Pendidikan terbabit terdapat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 14/12/2022

- Advertisement -