‘Pelik juga musim hujan ini ramai jadi panas’

Dr Azman Ibrahim
- Advertisement -

KUAL LUMPUR: “Pelik juga musim-musim hujan ini ramai jadi panas. Kat mana salah dan apa fitnahnya?” tanya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

- Advertisement -

Menurutnya, skop kerja selaku Exco pertanian negeri agak luas juga.

“Dari hal gajah, rimau dalam hutan sampai ikan dalam laut, ada kerja yang kena buat.

“Sebesar-besar lembu sado, kerbau, rusa, kambing, ayam, itik, arnab, ikan, udang, ketam dan segala yang manusia pelihara bagi tujuan makanan masuk belaka,” ujarnya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, beliau juga perlu mengambil apa sahaja yang ditanam atas muka bumi Terengganu untuk penghasilan makanan.

Katanya, banyak sangat kalau hendak disenaraikan.

Menurutnya lagi, pelabuhan perikanan, jeti perikanan, bilik sejuk, empangan, pintu air, jalan pertanian, sistem pengairan, pusat pengumpulan hasil, kemudahan pemasaran, padang ragut, rumah sembelih, kandang lembu kambing, pasar ikan dan serba serbi infrastruktur pertanian, penternakan dan perikanan wajib diambil cakna.

“Semua rakyat Terengganu yang bergelar petani, peladang, penternak, nelayan dan pemain industri makanan adalah rakyat kita dan tanggungjawab kita,” jelasnya yang juga ADUN Jabi.

Justeru, ujar beliau adalah normal apabila Exco pertanian menunjukkan gambar ayam, kambing, lembu, gajah dan semua yang berkaitan kerana itu skop tugasnya.

“Bila tunjuk gambar kambing, maka tentunya caption paling ringkas, ini kambing. Tak munasabah nak tulis ini ayam telur. Gambar ayam daging, maka caption, ini ayam daging. Kalau tulis ini landak barulah jadi fitnah,” katanya.

Beliau selaku Pengerusi Tabung Amanah Gajah negeri Terengganu berkata, bermain dan bergurau dengan gajah sebahagian daripada tugasnya.

“Nasib kamulah abam besar. Turut kena tempias politik. Tunjuk gambar kamu pun orang kata menyindir,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 12/12/2022

- Advertisement -