30 penerbangan bawa penyokong Maghribi ke Doha

Penyokong Maghribi di kawasan tumpuan pelancong Souq Waqif di Doha
- Advertisement -

Syarikat penerbangan Maghribi, Royal Air Maroc akan mengendalikan 30 penerbangan khas untuk membawa penyokong bola sepak dari Casablanca ke Doha di Qatar bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara negara itu dan Perancis, Rabu ini.

- Advertisement -

Menurut jurucakap Royal Air Maroc, penerbangan itu akan berlepas pada Selasa dan Rabu.

Kapal terbang Boeing 737 Royal Air Maroc

Rakyat Maghribi, negara yang terletak di utara Afrika kini seperti berpesta apabila menjadi negara pertama dari benua itu layak ke separuh akhir Piala Dunia.

Penumpang yang membeli tiket pergi balik mendapat harga promosi dan mereka akan akan menambah ribuan rakyat Maghribi yang sudah pun berada di Doha menyaksikan Piala Dunia. – REUTERS

- Advertisement -