Enam Exco Kerajaan Perlis angkat sumpah

- Advertisement -

ARAU: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di Istana Arau di sini hari ini.

- Advertisement -

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dan turut disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Adun yang dilantik sebagai anggota Exco iaitu Muhammad Azmir Azizan (Santan), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer) dan Razali Saad (Simpang Empat).

Pelantikan Exco hari ini menjadikan Perlis negeri kedua membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli yang juga Adun Sanglang menerajui portfolio Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa; Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri; Hal Ehwal Tanah dan Sumber Asli; Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru.

Muhammad Azmir portfolio Hal Ehwal Agama Islam; Pendidikan; Belia dan Sukan; Pembangunan Sumber Manusia; Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan.

Fakhrul Anwar Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Penjaja dan Peniaga Kecil; Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan; dan Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana.

Izizam memegang portfolio Kemudahan dan Prasarana; Pengangkutan; Hubungan dan Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam.

Megat Hashirat menerajui portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Alam Sekitar; Bioteknologi dan Teknologi Hijau; Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan.

Wan Badariah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pelancongan; Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Razali pula memegang portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani; Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi. – HARAKAHDAILY 25/11/2022

- Advertisement -