RM226.7 juta laksana 5 projek bekalan air di Kelantan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM226.7 juta bagi melaksanakan lima projek berkaitan sumber dan bekalan air di Kelantan.

Menteri KASA Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukan itu di bawah Rolling Plan 1 dan 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) termasuk melibatkan kajian kelangsungan sumber dan bekalan air di negeri itu.

Katanya projek tersebut meliputi kajian dan pelaksanaan Program NRW Kelantan, kajian pembangunan sumber air, pembinaan Loji Rawatan Air di Kampung Telok.

Selain itu kata beliau pembinaan ‘low weir’ di Sungai Pahi dan Sungai Pengkalan Datu.

“Kajian juga dijalankan di Machang untuk melaksanakan projek takungan air pinggiran sungai (TAPS).

“Di sesetengah negeri kita buat TAPS dwifungsi termasuk menangani masalah banjir,” katanya selepas merasmikan Karnival Alam Sekitar dan Air 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di RTC Tunjong, di sini hari ini.

Menurutnya juga TAPS boleh dimanfaatkan bagi membekalkan air kegunaan masyarakat. – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -