PRU15: Anak muda mesti turun mengundi 19 November 2022

- Advertisement -

SERAMAI 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara mesti turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 (Sabtu) dan bakal menentukan wajah baharu negara.

- Advertisement -

Menurut statistik yang dikeluarkan SPR, 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun. Jumlah umur pengundi tertinggi antara 30-39 tahun melibatkan seramai 4,681,348 orang. 

Sementara itu negeri dengan jumlah pengundi tertinggi pula adalah di Selangor iaitu sebanyak 3,688,848 pengundi diikuti Johor (2,593,562) dan Perak (2,005,362). Dalam situasi PRU15, hanya Negeri Perak melibatkan Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bilangan pengundi muda berkenaan adalah 50.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU kali ini iaitu 21,173,638 orang dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 adalah menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan pada Ogos 2022 yang dikemaskini hingga 9 Oktober 2022. 

Sejarah turut menunjukkan kuasa anak muda mampu membuat perubahan besar dalam landskap dunia, mahu pun negara termasuklah dalam PRU14 dan kini sejarah bakal berulang lebih-lebih lagi kali ini melibatkan pertambahan pengundi automatik yang tinggi.

Berdasarkan kira-kira 30 peratus pengundi PRN Johor yang lepas adalah golongan muda iaitu yang berumur 18 hingga 21 tahun, dengan kata lain, anak muda akan menjadi ‘king maker’. Cuma yang paling penting jangan  disia-siakan undi anda. 

Inilah masa yang terbaik dan amat penting buat anak muda untuk turun mengundi beramai-ramai serta memilih pemimpin berintegriti tinggi yang akan membentuk kerajaan yang bersih dan stabil untuk Malaysia Sejahtera, Insya-Allah.

Moh kome semua #AnakMudaTurunUndi pada 19 November 2022 (Sabtu) dan buktikan anak muda bijak memilih. Anak muda Perak terbaik!

USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda 
PERIKATAN NASIONAL Perak – HARAKAHDAILY 27/10/2022

- Advertisement -