Menteri PH pernah desak tukar Pegawai Kementerian

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Foto JAMAL KEMALA/HARAKAHDAILY
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan sikap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sejak awal pemerintahan bergaduh dengan penjawat awam.

Menurutnya, semasa 22 bulan beliau bersama PH, sebaik sahaja PH membentuk kerajaan, lapan daripada Menteri PH mendesak untuk menukar lapan ketua setiausaha dari kementerian masing-masing.

“Saya mahu katakan di sini, sebaik sahaja dibentuk kerajaan PH, lapan menteri PH mendesak supaya lapan ketua setiausaha ditukar dari kementerian masing-masing.

“Masuk dalam kabinet, ingin bergaduh dengan anggota perkhidmatan awam, menukar pegawai kerajaan termasuk lapan ketua setiusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan pada Program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional di Kompleks Kejiranan Presint 16, di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Justeru kata Mohamed Azmin, rakyat Putrajaya yang kebanyakan terdiri daripada penjawat awam perlu menghukum PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2022

- Advertisement -