PN Negeri Sembilan selar laporan tidak berasas

Eddin Syazlee
- Advertisement -

SEREMBAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengambil maklum artikel yang di tulis dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 Oktober 2022 yang bertajuk “Eddin Syazlee hilang”.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya berkata, pihaknya berterima kasih kerana Utusan Malaysia begitu mengambil berat akan kesihatan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan.

Namun dalam masa yang sama, Perikatan Nasional Negeri Sembilan menyelar tindakan memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Dato David Choong yang kononnya menyatakan bahawa Tan Sri Rais Yatim adalah pemangku Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Sedangkan tambahnya, kenyataan tersebut telah dinafikan oleh Dato’ David sendiri. Faktanya kata beliau, Tan Sri Rais adalah penasihat PN Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Yazman, pemangku tugas pengerusi PN Negeri Sembilan disandang oleh Rafaei Mustafa selaku Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Pemangkuan ini kata Yazman bertepatan dengan fasal 21.2 iaitu semasa ketiadaan pengerusi badan perhubungan negeri, seorang pemangku pengerusi hendaklah dipilih dari kalangan timbalan timbalan pengerusi.

Sehubungan dengan itu PN Negeri Sembilan meminta agar pihak Utusan Malaysia membetulkan kesilapan tersebut demi menjaga reputasi akhbar dan juga menjaga nama baik Perikatan Nasional Negeri Sembilan.

Tambahnya lagi, Perikatan Nasional Negeri Sembilan kini sedang berada dalam keadaan yang cukup baik dan hubungan antara parti komponen berjalan dengan cukup harmoni. – HARAKAHDAILY 27/10/2022

- Advertisement -