Isu politik jadi hambatan projek bekalan air di Kelantan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kesungguhan kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan sebelum ini agak terbantut kerana berdepan hambatan kewangan.

- Advertisement -

Malah peruntukan kerajaan Pusat sebanyak RM60 juta bagi projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) ditarik balik selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.

Hanya pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) pinjaman mudah sebanyak RM291 juta dilulus, sedangkan kerajaan negeri memohon pinjaman RM600 juta.

Hasil pinjaman itu membolehkan kerajaan negeri membina Loji Rawatan Air (LRA) di Kampung Chicha Kubang Kerian melibatkan kos RM80 juta.

Selain itu LRA Merbau Chondong 1, Machang RM28 juta, LRA Merbau Chondong 2 (RM38 juta), naik taraf LRA Kampung Putih (RM29.8 juta), Pahi, Kuala Krai (RM8 juta), Kelar 1 Pasir Mas (RM30 juta) dan Kelar 2 (RM57.7 juta).

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terpaksa mencari dana bagi membina loji rawatan air dan tangki-tangki air baharu.

Katanya pada tahun 2020 kerajaan negeri memohon pinjaman geran mudah sebanyak RM600 juta bagi meingkat projek bekalan air.

“Bagaimanapun kita berdepan pula dengan paip lama yang menyalurkan air dari tangki. Apabila berlaku tekanan kuat paip lama pecah, jadi kena tukar paip pula, ia sudah tentu memerlukan kos besar,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga masalah bekalan air tidak boleh hendak diselesaikan secara serentak kerana berdepan masalah kewangan.

Kata beliau projek menukar paip baharu memerlukan peruntukan yang besar.

Ekoran itu katanya kerajaan negeri bersedia untuk melakukan migrasi projek bekalan air sebagaimana disarankan kerajaan Pusat.

“Waktu itu kita mengangkat dana sebanyak RM2 bilion berdasar kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

“Perkara ini berlaku pada tahun 2016. Selepas tandatangan migrasi untuk pengurusan air, sumber kewangan pula tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Ini masaalah lagi.

“RM2 bilion yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri, namun tidak dapat kerana isu politik dan isu teknikal,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/10/2022

- Advertisement -