Kurang pelepasan 45 peratus gas rumah hijau 2030

Para petugas membuat persiapan untuk Karnival KASA) 2022 @ Kubang Kerian Sejahtera.
- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Rakyat akan diberi pendedahan mengenai penggunaan kereta elektrik (EV) di Karnival Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) 2022 @ Kubang Kerian Sejahtera pada Khamis ini.

- Advertisement -

Pegawai Khas Menteri Alam Sekitar dan Air, Saizol Ismail berkata pameran itu diterajui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), sebuah agensi di bawah kementerian teebabit.

Katanya kerajaan menyasarkan pengurangan intensiti pelepas gas rumah hijau sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2030 berbanding pada 2005.

“Lebih 20 agensi kerajaan di bawah kementerian ini serta agensi kerajaan negeri akan terlibat pada karnival tersebut diadakan selama tiga hari di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong.

“Banyak aktiviti diadakan sepanjang karnival terbabit termasuk pendedahan mengenai kereta elektrik yang akan menjadi teknologi sangat penting pada masa depan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Saizol berkata Menteri KASA Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersama masyarakat sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung termasuk forum perdana pada malam Jumaat.

Malah kata beliau, pihak penganjur turut menampilkan Dato’ Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin pada konsert, tribute untuk Bob Lokman yang meninggal dunia 23 September lepas. – HARAKAHDAILY 25/10/2022

- Advertisement -