Abdul Latiff sedia beri peluang kepada muka baharu

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

RANTAU PANJANG:
Ahli Parlimen Mersing, Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad bersedia memberi ruang dan laluan kepada pelapis pemimpin muka baharu untuk bertanding sebagai calon Pilihan Raya Umum  Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Beliau secara pribadi berkata, telah tiba waktunya untuk tampilkan calon pimpinan baharu yang bersedia dan bertenaga untuk memberi khidmat khususnya di parlimen Mersing.

“Saya dah bersedia untuk beri lalu kepada mereka yang lebih bertenga memandangkan saya sebelum ini telah bertanding dan memegang pelbagai jawatan selama hampir enam penggal.

“Walaupun saya tidak menjadi wakil rakyat di kawasan itu nanti, saya tetap akan bergiat aktif khususnya dalam membantu calon-calon daripada Perikatan Nasional kerana politik merupakan satu perjuangan,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran di Kampung Tersang, di sini hari ini. Yang turut serta ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Mengulas lanjut katanya, beliau secara peribadi turut mencadangkan agar kerusi parlimen itu dapat diberikan kepada Bersatu. – HARAKAHDAILY 16/10/2022

- Advertisement -