Beri komitmen penuh pertahan kemenangan, bentuk kerajaan Pusat

Mohamad Kamal Mohamed
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengarahkan seluruh jentera pilihan raya Pemuda PAS kawasan-kawasan memberi sepenuhnya komitmen kepada agenda mempertahankan Parlimen dan bergerak dengan mood pilihan raya.

- Advertisement -

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, seluruh jentera pemuda perlu sama-sama bekerja demi pertahan kemenangan bagi membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan menjunjung keputusan PAS Pusat untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri,” katanya di sini.

Menurutnya juga keputusan dibuat pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini begitu jelas dan responsif.

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kenyataan media petang ini berkata, DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dibubarkan.

Ia mengekalkan pendirian sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Mohamad Kamal berkata, berita itu pastinya menjadi tumpuan media memandangkan mereka menunggu sejak tiga hari lalu.

Sehingga sekarang belum ada lagi negeri-negeri yang membubarkan DUN secara rasmi biarpun Pahang dan Perak sudah mengemukakan permohonan pembubaran DUN kepada istana.

Sedangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran parlimen pada Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 13/10/2022

- Advertisement -