Rakyat Pulau Pinang perlu tolak Pakatan Harapan

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang menyokong kenyataan Presiden PAS YB Tan Sri Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS menolak khemah besar bersama Pakatan Harapan (PH).

Tempoh 22 bulan pemerintahan PH sebelum ini, menyaksikan negara berada dalam polemik serta permasalahan perkauman, Perlembagaan Negara, agama Islam serta institusi raja diganggu gugat oleh mereka. 

Selain itu, rakyat Malaysia perlu matang dan bijak membuat keputusan untuk menolak PH pada PRU-15 ini serta tidak mudah terpengaruh dengan slogan-slogan baharu dan janji manis mereka.

Pulau Pinang adalah nadi utama DAP-PH dilihat menjadi ‘tikus makmal’ kepada pembangunan tidak seimbang yang sedang mereka terajui masa ini bahkan pelbagai isu berkaitan projek memberi impak negatif kepada rakyat Pulau Pinang, misalnya projek PSR.

Justeru, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu-Islam harus buka mata untuk melihat wajah sebenar dalang yang berselindung di sebalik topeng PH iaitu parti yang menganuti fahaman sosialis.

Oleh itu, gagasan Penyatuan Ummah di Pulau Pinang ini bakal mengorak langkah membawa perubahan setelah hampir tiga dekad diterajui oleh DAP-PH malahan, tiada yang mustahil jika rakyat Pulau Pinang bersatu hati menyahut seruan Penyatuan Ummah demi kesejahteraan negeri tercinta.

“Malaysia Sejahtera”

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 19/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -