Tiada taktikal ajaib, Potter positif di Chelsea

Pengurus Chelsea, Graham Potter ketika kelabnya menghadapi Salzburg
- Advertisement -

Tiada taktikal ajaib dalam perlawanan pertama Graham Potter sebagai pengurus baharu Chelsea, tetapi seri 1-1 di laman sendiri menentang Salzburg dalam Liga Juara-Juara menandakan terdapat tanda-tanda positif pada permulaan era baharu kelab.

Mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara pertamanya, pengurus Inggeris berusia 47 tahun itu tetap gembira dengan persembahan Chelsea yang pada malam lain mungkin akan memperoleh tiga mata.

- Advertisement -

Tempo permainan Chelsea tinggi sepanjang perlawanan, penjaring gol Raheem Sterling hebat di posisi sayap kiri, manakala Reece James menarik perhatian di sebelah kanan. Selain beberapa kelemahan pertahanan, tiga bek Potter kelihatan mantap.

Namun, terdapat aspek yang membimbangkan. Pemain baharu, Pierre-Emerick Aubameyang, kelihatan tidak dapat dirasai kehadirannya dan Chelsea juga kekurangan kelebihan sentuhan penyudah sehingga Salzburg membalas melalui Noah Okafor.

“Adakah ini angkara Voldemort yang berhasil menentang Potter,” komen Salzburg dalam Twitter, merujuk filem fiksyen terkenal dengan watak utama, Harry Potter.

Chelsea gagal memenangi dua perlawanan pembukaan dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1999 dan menduduki tangga terbawah Kumpulan E dengan satu mata dan keputusan tidak memberangsangkan dalam perlawanan akan datang, mereka akan menghadapi masalah untuk mara peringkat seterusnya.

Potter ialah pengurus Inggeris kelapan dalam Liga Juara-Juara selepas minggu lalu, menggantikan Thomas Tuchel dari Jerman yang memberikan piala Liga Juara-Juara untuk pasukan London itu beberapa bulan selepas memegang jawatan pada pada 2021.

Sesetengah peminat Chelsea menyanyikan nama Tuchel dan ada yang berpandangan bahawa melantik Potter, walaupun pencapaiannya di Brighton dikagumi, adalah suatu perjudian.

Namun Potter mempamerkan kehadirannya yang tenang di garisan tepi padang dan ini dapat diukur dalam analisisnya terhadap persembahan Chelsea.

“Kami kecewa hanya meraih satu mata. Saya fikir sikap pemain adalah hebat dan sangat menikmati cara mereka melakukan kerja menentang lawan yang bagus, lawan yang menyukarkan anda,” katanya.

“Penjaga gol mereka melakukan beberapa aksi menyelamat yang mantap. Kami memerlukan gol kedua itu, tetapi ia tidak datang.”

Ketika Tuchel bekerja keras untuk membawa Chelsea ke final Liga Juara-Juara dan menewaskan Manchester City, tugas utama Potter sekarang ialah untuk mengelak tersingkir awal di peringkat kumpulan.

“Kami tidak boleh berbohong, itu bukan kedudukan yang kami mahukan tetapi kami perlu bertindak balas, ia semudah itu,” kata Potter.

“Saya fikir ia akan menjadi kumpulan yang sukar, tetapi ada kualiti yang cukup dalam pasukan dan kami boleh bertindak balas dalam dalam perlawanan berikut,” katanya.

Mengecewakan buat Potter ialah perlawanan hujung minggu ini menentang Liverpool ditangguhkan berikutan pengebumian Ratu Elizabeth pada hari Isnin, diikuti akan kehilangan sebahagian besar skuadnya ketika rehat antarabangsa.

“Itulah keadaannya, kita perlu membersihkan diri. Sikap, personaliti dan pelaksanaannya adalah baik, kita akan menjadi lebih baik,” kata Potter. – REUTERS

- Advertisement -