Tarbiah jinsiah: Satu panduan

- Advertisement -

TARBIAH jinsiah, atau dikenali juga sebagai pendidikan seksual seharusnya diberi pendedahan kepada kanak-kanak dari dalam rumah lagi. Ibu bapa perlu merancang pendidikan seksual dari rumah, bermula usia sebelum baligh.

Hari ini, ramai ibu bapa yang ambil mudah membuka aurat depan anak sehinggakan anak-anak melihat perkara yang tidak sepatutnya. Ini suatu contoh bagaimana tarbiah jinsiah tidak diterapkan dalam keluarga.

Di awal usia inilah, anak-anak perlu diajar mengenai perkara asas seperti menghormati aurat ibu bapa dan ahli keluarga lain. Malah, Islam sendiri menitikberatkan soal tarbiah jinsiah dalam keluarga. Firman Allah S.W.T:

- Advertisement -

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚ طَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Ayat ini mengajarkan kita bahawa tarbiah jinsiah anak tidak boleh dianggap remeh, kerana seorang anak yang sedang membesar mempunyai perasaan serta naluri ingin tahu terhadap banyak perkara. 

Aurat depan anak mestilah dijaga dan ajarkan mereka untuk meminta izin memasuki bilik. 

Jika terbiasa melihat perkara yang tidak sepatutnya, naluri seksual anak-anak ini akan berjalan secara tidak alami dan memberi kesan kepada emosi dan mental anak-anak. 

Oleh itu, peranan ibu bapa dalam menerapkan tarbiah jinsiah mengikut acuan Islam perlulah diterapkan kepada anak-anak untuk mengelakkan masalah sumbang mahram dan kebejatan sosial.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 15/9/2022

- Advertisement -