Gerakan Daulat tolak Doktrin Struktur Asas (BSD)

Ancam perundangan Islam

- Advertisement -

MELIHAT kepada keadaan semasa dan beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak berpihak kepada Islam serta menginsafi terdapatnya gerakan tersusun untuk menggunakan Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara;

Maka sesungguhnya Gerakan Daulat yang telah dilancarkan pada 6 September 2022 bersamaan 9 Safar 1444H berpendirian:

1. Terdapat ancaman jelas terhadap perundangan Islam di dalam negara.

2. Usaha perlu dilakukan segera untuk mendaulatkan kembali Islam berasaskan kedudukannya seperti termaktub di dalam perlembagaan.

Oleh yang demikian, Gerakan Daulat ingin menegaskan perkara berikut:

1. Menolak sebarang bentuk penggunaan Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara yang memberikan ruang kepada para hakim untuk menafsirkan undang-undang tanpa melihat kepada latarbelakang negara ini yang berasaskan kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

2. Menegaskan bahawa asas negara ini yang bertunjangkan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu, adat istiadat Melayu serta penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi mestilah dipertahankan dan sebarang bentuk penghakiman tidaklah boleh dilihat bercanggah dengannya.

3. Menyeru seluruh rakyat Malaysia dan pihak berkepentingan seperti pembuat undang-undang dan badan kehakiman untuk bersama-sama menolak Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara.

4. Penganjuran konvensyen besar-besaran akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk menolak Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara.

Sekian Terima kasih.

Pertahan Kedaulatan Islam

PROFESOR DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Pengerusi Gerakan Daulat
7 September 2022 bersamaan 10 Safar 1444H – HARAKAHDAILY 7/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -