Man City dan Liverpool kecewa, Tottenham terus hebat

Aksi perlawanan antara Liverpool dan Everton
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Manchester City dan Liverpool, masing-masing terikat dengan keputusan seri dalam perlawanan Liga Perdana semalam, meletakkan Arsenal selesa di tangga teratas menjelang perlawanan menentang Manchester United, hari ini.

Liverpool kecewa dengan taktik Frank Lampard yang bertekad mencuri satu mata dalam perlawanan setempat Merseyside, manakala City terikat 1-1 di Aston Villa kendalian Steven Gerrard.

Tottenham Hotspur mengekalkan permulaan cemerlang dengan Harry Kane mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham. Chelsea pula bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 2-1 di Stamford Bridge.

- Advertisement -

Liverpool-Everton

Liverpool melakukan 23 percubaan gol, tetapi tidak menemui jalan keluar di Goodison Park dengan kedua-dua pasukan, percubaan terkena tiang gawang dan Everton dinafikan kemenangan menerusi keputusan video.

Pasukan Juergen Klopp mempunyai sembilan mata daripada 18 mata yang boleh diperolehi dan kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal serta lima mata di belakang City dan Spurs.

“Peraturan nombor satu: jika anda tidak dapat memenangi perlawanan setempat, jangan kalah. Kami boleh memenanginya hari ini tetapi kami boleh kalah dalam beberapa saat,” kata Klopp.

Manchester City-Aston Villa

Erling Haaland meneruskan permulaan terbaik bersama City dengan menjaringkan gol ke-10 dalam perlawanan keenamnya ketika dia meletakkan pasukan Pep Guardiola di hadapan selepas rehat.

Namun Villa bertekad mengelakkan kekalahan dan menerima ganjaran apabila pemain sayap Jamaica, Lion Bailey merembat melepasi Ederson dengan rembatan hebat kali pertama selepas Jacob Ramsey membantunya dengan cemerlang.

Pemain gantian, Philippe Coutinho, menjaringkan gol, tetapi hampa kerana diputuskan sebagai ofsaid, sekali gus bermakna tidak akan disemak melalui video. Gerrard yang kecewa menunjukkan isyarat supaya semakan melalui video bahawa jaringan itu sah.

Chelsea-West Ham United

Chelsea bertindak balas untuk menewaskan West Ham United 2-1 dengan gol pemain gantian, Ben Chilwell dan Kai Havertz, membatalkan gol pembukaan lawan, Michail Antonio.

Bagaimanapun, West Ham hampa apabila gol penyamaan Maxwel Cornet pada detik-detik akhir diketepikan selepas semakan video memutuskan bahawa Jarrod Bowen terlebih dulu mengasari penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Newcastle United-Crystal Palace

Newcastle United juga terkilan kerana gagal menjaringkan gol berikutan keputusan semakan video dalam kebuntuan 0-0 di laman sendiri dengan Crystal Palace, iaitu keputusan seri keempat dalam enam perlawanan.

Brenford-Leeds United

Ivan Toney menjaringkan hatrik menakjubkan untuk Brentford yang menang 5-2 ke atas Leeds United.

Wolverhampton Wanderers -Southampton

Wolverhampton Wanderers meraih kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Southampton 1-0 dengan jaringan Daniel Podence tepat sebelum separuh masa.

Nottingham Forest-Bournemouth

Nottingham Forest yang menandatangani 21 pemain baharu bernilai 145 juta Pound pada jendela perpindahan, termasuk beberapa pemain pada hari tarikh akhir, mensia-siakan pendahuluan 2-0 di tempat sendiri kepada Bournemouth untuk akhirnya tewas 3-2 dan terperosok dalam kelompok tiga terbawah. tiga.

Harry Kane konsisten menjaringkan gol untuk Tottenham Hostpur

Liverpool-Everton

Selepas kemenangan di tempat sendiri berturut-turut, Liverpool kelihatan kembali ke landasan dan mengalu-alukan kepulangan pemain baharu, Darwin Nunez yang digantung tiga perlawanan. Namun percubaan Nunez dinafikan oleh tiang pada separuh masa kedua.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford melakukan beberapa aksi menyelamat yang baik untuk mengecewakan Liverpool, tetapi tuan rumah menyangka berjaya mendahului melalui Conor Coady. Kekecohan berlaku apabila gol itu diketepikan kerana ofsaid selepas semakan video yang lama.

Perlawanan setempat berakhir dengan Mohamed Salah merembat ke arah tiang pada masa kecederaan.

Penantian 12 tahun Everton untuk menewaskan Liverpool di Goodison berterusan, tetapi Pengurus Frank Lampard melihat banyak aspek positif dengan keputusan seri. “Saya fikir kami cemerlang. Ia antara 0-0 terbaik yang mungkin anda lihat,” kata bekas pemain tengah England itu.

Tottenham Hostpur-Fulham

Tottenham menikmati permulaan terbaik kempen Liga Perdana dan mengekalkan rentak di tempat sendiri menentang Fulham.

Pierre-Emile Hojbjerg memberikan Tottenham pendahuluan pada minit ke-40 selepas serangan bertali arus tuan rumah dengan Son Heung-min dinafikan gol pertamanya musim ini oleh palang.

Kane menggandakan pendahuluan Tottenham pada minit ke-75 dengan hantaran Ryan Sessegnon, gol ke-188 Liga Perdana sekali gus mengatasi Andy Cole ke tempat ketiga dalam senarai penjaring sepanjang masa liga itu.

Aleksandar Mitrovic membalas balik untuk Fulham, gol keenamnya musim ini selepas Richarlison dinafikan gol pertamanya untuk Tottenham oleh bahagian dalam tiang.

“Kami akan menjaringkan banyak gol dengan barisan penyerang ini,” kata Pengurus Tottenham Antonio Conte, yang bermula dengan gabungan Richarlison, Kane dan Son buat kali pertama.

- Advertisement -