Pemuda DHPP ajak jentera PAS bersiap siaga sepenuhnya

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) berikrar dan akan terus berusaha menjadi benteng kepada kepimpinan PAS dalam perjuangan ini sepertimana para Sahabat RA berperanan di sisi Rasulullah SAW. 

Ketua Pemuda DHPP, Balendran Senator Subramaniam agar para Pemuda PAS benar-benar menjadi pendukung dan bukan sekadar menyokong dengan berperanan dan meneruskan gerak kerja perjuangan ini. 

“Sebaik-baik berteman (ketika bermusafir) adalah seramai empat orang, dan sebaik-baik tentera khas seramai 400 orang, dan sebaik-baik tentera adalah sebanyak 4,000 orang, dan tidak akan dikalahkan apabila jumlah tentera sampai 12,000 tentera kerana sedikit,” ujarnya.  

Beliau memetik hadis riwayat Imam At-Tirmizi itu ketika berucap membahas Ucaptama Ketua Pemuda PAS di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kali Ke-63 di Hotel Raia, di sini malam tadi. 

Tegasnya, semua tugas mesti dilakukan Pemuda PAS secara berjemaah dan PRU15 mestilah dihadapi dengan seluruh kekuatan jentera yang berada dalam keadaan siap siaga dengan izin Allah. 

“Kita mesti memperjuangkan PAS berterusan. Adakah memadai sekadar melihat dan mengkritik sahaja tanpa apa-apa perancangan dan tindakan? Adakah sekadar dengan mengatakan diri sudah bekerja? 

“Kita sendiri menyaksikan perjuangan Nabi Muhammad mengadakan perkaderan sebagai teras kekuatan perjuangan disampaikan oleh baginda. Maka, segalanya bermula dari diri kita sendiri untuk membuat satu perubahan besar kepada politik negara,” yakini beliau. 

Menurutnya, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara mesti diajak untuk berjuang bersama, seterusnya membina pula kepada konteks masyarakat majmuk, berbilang kaum bangsa dan agama. 

Seru beliau, perhatian berterusan mesti diperkasakan menerusi kempen-kempen PAS serta memarakkan di semua peringkat negeri, kawasan dan cawangan dan sebagainya. 

Pencapaian PAS dalam politik Malaysian ujarnya, amatlah membanggakan walaupun hanya mempunyai tiga Menteri dan lima orang Timbalan Menteri, serta tiga kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan. 

Menurutnya, dalam suasana politik yang terbaru yang serba caca merba dan tidak menentu, Pemuda PAS mestilah terus yakin dengan kepimpinan hari ini yang dipimpin oleh Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.  

Begitu juga katanya kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang merupakan ulamak negarawan mesti terus diberikan walak tanpa berbelah bagi mendukung perjuangan ini. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -