Protes konsert atau LCS: Charles diajak berbincang

- Advertisement -

DENGAN penuh hormat saya kepada seorang yang agak jauh lebih berusia, suka untuk saya nyatakan bahawa dalam isu LCS, kami Pemuda PAS juga turut bersama-sama menuntut siasatan yang adil dan telus. 

Bahkan saya juga merupakan salah seorang anggota PAC bersama-sama Ahli Parlimen Sik yang juga daripada PAS. Tulisan-tulisan saya termasuk ucapan-ucapan saya juga turut membangkitkan isu ini untuk perhatian kerajaan dan SPRM. 

Laporan PAC yang dibentangkan juga kami nyatakan bahawa ia merupakan suara bersama dan dibuat secara kolektif.

Tiada kaitan antara dua isu ini. Adalah agak tidak munasabah jika anda ingin makan roti canai, tiba-tiba bermaksud anda tidak suka nasi lemak. Apabila anda tidak suka nasi goreng, tiba-tiba secara automatik adakah anda penggemar nasi beriani?

Oleh itu YB Ahli Parlimen Klang, saya fikir argument tuan agak tersasar. Dalam isu konsert, secara jujur ingin saya nyatakan, masyarakat non-Muslim tidak perlu rasa terganggu sangat, perbincangan boleh dibuat. 

Isunya ialah ramai yang hadir juga terdiri daripada remaja Muslim dan itu membimbangkan kami. Malaysia ialah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, dan ia perlu dihormati. 

Kepercayaan kepada Tuhan adalah asas pertama Rukunegara. Saya tidak pasti dalam agama mana yang membenarkan amalan LGBT yang disanjung oleh sebahagian artis yang dijemput ke negara ini.

Dengan penuh hormat, jika anda ingin adakan protes isu LCS, silakanlah, kami tiada halangan. Adakah anda meminta kami adakan protes kerana anda sudah tidak cukup ahli untuk lakukannya?

Dengan penuh hormat tuan, mari kita berbincang.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 27/8/2022

Rujukan:
https://www.malaysiakini.com/news/633536

- Advertisement -
- Advertisement -