Lambang bulan sabit dan bintang

- Advertisement -

PAS pernah menggunakan logo bulan dan bintang pada suatu masa dahulu, tetapi diminta untuk ditukarkan pada tahun 1971.

Penggunaan bulan dan bintang ada maksudnya tersendiri. Ada suatu kebudayaan Islam yang sangat popular, akan tetapi sedikit sangat diketahui orang asal-usulnya, hal ini adalah berkaitan tanda bulan sabit dan bintang.

Kita dapat lihat lambang bulan dan bintang diukir di beberapa bangunan seperti masjid, dan digunakan oleh beberapa negara Islam sebagai lambang kebangsaan seperti Turki, Pakistan. Ia telah menjadi lambang negara yang diukirkan kepada bendera-bendera kebangsaan.

Ada beberapa orang pandai mengatakan lambang ini berasal daripada Khalifah Umar bin Khatab. Bulan yang mempunyai lambang damai dan romantik melambangkan penyebaran Islam itu dilakukan dengan dasar kasih sayang.

Dunia ini merupakan bulatan penuh dari sebuah bulan purnama. Mulanya ia timbul bentuk bulan sabit. Kemudian pada akhirnya berbentuk bulan sabit kembali. Akan tetapi sabit permulaan melengkung ke atas, pada bentuk sabit bulan penghabisnya ia berbentuk melengkung ke bawah.

Jadi, pertumbuhan dan perkembangan Islam pada mulanya berbentuk bulan sabit pertama.

Kalau dianggap lautan tengah sebagai titik peradaban dunia pertama, maka dapat ditarik sebuah lingkaran bulat sekelilingnya. 

Dalam lingkaran itu akan dapat kita jumpai dunia Eropah dan Asia Tengah. Sekarang kita lihat dalam bentuk bulan sabit Islam. Daerah putih yang merupakan bulan sabit itu adalah tujuan perkembangan Islam.

Tangan kanan melengkung dari Jarussalem (Baitul Maqdis) sampai ke pusat Eropah, dengan menyeberangi Selat Bosphorus dan Selat Konstantinopel. Tangan kiri melengkung ke titik pertemuannya dengan tangan kanan ke Eropah, dengan melalui Sepanyol terus ke pergunungan Pyranea.

Kemudian di daerah hitam yang bulannya belum timbul, itulah daerah-daerah bukan-Islam. Ke tempat-tempat itulah Islam akan disebarkan. Kerana hal ini baharu merupakan suatu harapan suci, pada titik kedua hujung bulan sabit itu, digantungkan gambaran bintang yang melukiskan harapan gilang-gemilang yang masih tergantung di awang-awangan.

Orang menyangka Khalifah Umar mendapat ilham mengenai rencana ini daripada Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Kemungkinan ini dibuktikan dengan sejarah. 

Tiap-tiap peperangan yang dihadapi umat Islam di zaman Nabi, pasukan-pasukan dibagi-bagi menurut jenisnya. Tiap-tiap jenis kepala pasukan mengibarkan sehelai bendera yang bentuknya dipilih mereka sendiri. Sebanyak pasukan yang ada sebanyak itulah pula bendera.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri mempunyai pasukan sendiri. Pasukan Baginda memilih bendera yang memakai bulan sabit dengan bintang di atasnya.

Tidak ada orang bertanya apa sebabnya Nabi memilih lambang itu. Hal ini disebabkan kerana setiap pasukan mereka memilih lambangnya.

Penulisan:
DR OMAR AMIN HUSEIN dalam bukunya Kultur Islam – HARAKAHDAILY 11/8/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/bppnkpaskedah/photos/a.1681806905439457/3329934557293342/?type=3

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!