MoA edaran digital antara PASTI dan InTeam

ALHAMDULILLAH. Petang semalam PASTI Malaysia melalui Genius Caliph Educare Sdn. Bhd. dan Inteam Digital menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) kerjasama Edaran Digital untuk konten-konten pendidikan, Islamik, audio video dan animasi dari PASTI Malaysia. 

MoA ini merupakan susulan kepada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 21 Mei lepas di Langkawi, Kedah Darul Aman.

MoU ini bertujuan untuk memasarkan produk digital PASTI secara lebih meluas termasuk mengembangkan animasi Hadi dan Huda yang menjadi ikon PASTI. 

Kerjasama antara Inteam Digital yang berpengalaman dengan jaringan sedia ada khususnya dalam hiburan Islami manakala PASTI yang mempunyai rangkaian tadika antara yang terbesar di Malaysia diharapkan mampu membawa agenda pendidikan berkaitan ke aras yang seterusnya. 

Ketua Pengarah PASTI Malaysia Saudara Damanhuri Dol menandatangani MoU tersebut bagi pihak PASTI dengan Pengarah Ekonomi PASTI Saudara Mior Hassan Sazali Mior Hajjar menjadi saksi. 

Vokalis utama InTeam Saudara Mohd Syahril Abdul Khalid menandatangi MoU bagi pihak InTeam dengan seorang lagi vokalis Saudara Muhammad Hazamin Bin Harun menjadi saksi dan dengan kehadiran Saudara Abdul Rahim Hj Osman.

Semoga dengan kerjasama dan keprihatinan semua pihak jihad pendidikan Islam ini dapat diteruskan dengan lebih cemerlang. 

Semoga Allah S.W.T mengganjari segala bentuk usaha dan pengorbanan yang telah diberikan. Taqabbalallahu minna wa minkum, siiru ‘ala barakatillah

Jazakumullahu khairal jaza’! Doakan yang terbaik.

Yang menjalankan amanah;

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI,
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 11/8/2022

Advertisement