Pembangunan di Kelantan rancak era kerajaan PN

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan bakal menjadi pusat dalam Pembangunan Segitiga Indonesia Malaysia Thailand (IMT-GT) yang ditubuhkan pada tahun 1993.

Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, hasrat akan dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi.

Selain itu kerajaan turut mengumumkan banyak projek berimpak tinggi bagi memastikan Kelantan tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Bagaimanapun katanya, impian itu tidak akan tercapai sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini diubah pada Pilihan Raya akan datang.

“Maknanya kita kena sabar selagi kerajaan yang ada ini, friendly dengan kita, kita doakan supaya hasrat ini berterusan dan dapat dicapai.

“Sekarang kita berada dalam kerajaan Persekutuan sejak dua tahun lalu sehingga banyak kemajuan tidak disekat dan arus pembangunan datang ke negeri kita,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri di Dewan Peniagaan Cina Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Timbalan Exco Saiful Adli Abu Bakar dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina, Yap Heng Or.

Beliau juga berkata, Pasir Mas Halal Park (PMHP) sekarang berkembang sehingga menerima permintaan pelabur dari Thailand, Singapura serta peniaga dari negara Arab.

Menurut beliau, lokasi tersebut dijadikan sebagai tempat penghasilan makanan halal utama dalam negara serta mengeksport ke negara Timur Tengah.

Kata beliau selepas melakukan lawatan ke negara Arab sebelum penularan wabak Covid-19, satu lagi delegasi dihantar untuk menarik pelaburan ke Kelantan.

“Alhamdulillah laporan terkini sebanyak 80 peratus menerima tempahan daripada pelabur dan pengeluar makanan halal di Pasir Mas Halal Park.

“Pelabur Arab pun pilih Kelantan kerana pentadbiran kerajaan hampir serupa dengan negara mereka. Cuma berlaku pandemik Covid-19 menyebabkan ia menjadi halangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

- Advertisement -