Robohkan kediaman Afreen Fatima: Modi, BJP dah jadi Israel

Ketua Pelajar Islam dan Setiausaha Kebangsaan Pergerakan Persaudaraan, Aysha Renna mengalami kecederaan akibat hijabnya ditarik oleh seorang anggota polis India ketika mengetuai tunjuk perasaan di Kerala, India pada 13 Jun 2022 sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan merobohkan kediaman aktivis Islam, Afreen Fatima di New Delhi. (FOTO Trendsmap)
- Advertisement -

Susunan  ZULHAIDI MANSOR

NEW DELHI: Insiden terbaharu kediaman aktivis pelajar Islam, Afreen Fatima dirobohkan menunjukkan satu lagi bukti kerakusan kerajaan India di  bawah pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi menerusi parti nasionalis, Bharatiya Janata Party  (BJP) yang berterusan menindas umat Islam di India, seolah sudah menjadi seperti sikap kejam zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan Outlook India.com pada Ahad (12 Jun) kerajaan BJP yang tidak berperikemanusiaan telah merobohkan rumah aktivis pelajar Afreen Fatima didakwa hanya kerana dia dan bapanya, Javed Ahmad Shah dituduh terlibat dalam bantahan di Prayagraj Uttar Pradesh pada hari Jumaat lalu, serta dakwaan melemparkan batu ke arah polis susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W oleh bekas jurucakap BJP, Nupur Sharma.

- Advertisement -

Menurut laporan itu, pihak majlis pentadbiran tempatan diiringi oleh kumpulan polis dan jentolak telah merobohkan kediaman Fatima di kawasan Atala di Prayagraj di sini.

Sementara Kashmir Media Service melaporkan bahawa pihak polis turut menahan bapa, ibu Fatima dan salah seorang adik perempuannya di bandar Allahabad Uttar Pradesh berhubung protes yang diadakan di bandar Allahabad Uttar Pradesh pada Jumaat tersebut.

Sementara tambah laporan OutlookIndia.com, berikutan perobohan rumah Fatima dan bapanya, sokongan telah mencurah-curah untuknya di internet dengan hashtag #IStandWithAfreenFatima menjadi kini tular di Twitter.

Kediaman keluarga Afreen Fatima yang dirobohkan pihak majlis perbandaran tempatan di Atala di Prayagraj, New Delhi, Ibdia pada 13 Jun 2022. (FOTO Newindianexpress)

Afreen Fatima dalam satu statusnya di Twitter mengesahkan bahawa bapanya dan beberapa ahli keluarga lain telah ditahan oleh Polis Uttar Pradesh.

“Polis telah memperalatkan mereka (ahli keluarga Afreen Fatima) dengan menahan mereka pada Jumaat 10 Jun 2022,”  ciapnya di Twitter. 

Laporan itu berkata lagi, ramai orang terkenal  serata dunia di Twitter dan Instagram  telah menyatakan sokongan padu mereka terhadap Fatima.

Penulis dan aktivis, Gurmehar Kaur melabelkan tindakan BJP memusnahkan rumah Fatima sebagai serangan tajaan kerajaan terhadap warganya sendiri.

Afreen Fatima (kiri) bersama bapanya, Javed Ahmad Shah (tengah) didakwa terlibat dalam bantahan di Prayagraj Uttar Pradesh pada 10 Jun 2022. (FOTO Muslimmirror)

Sementara itu, Profesor Undang-Undang di University of Detroit Mercy, Amerika Syarikat, Khaled A Beydoun menulis di status Instagram miliknya, yang mengatakan, Muslim India kini sedang dihukum, dan ada yang dibunuh susulan kecaman yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap regim BJP.

“Saya berdiri teguh  bersama Afreen Fatima, dan bersama beribu-ribu orang India Muslim yang rumah mereka telah dirobohkan oleh rejim BJP,” tulis Khaled.

Khaled yang juga merupakan seorang aktivis dan instafamous di Instagram berkata, perobohan rumah milik Afreen Fatima adalah penaja keganasan negara.

Aktivis, Mohammed Irshad yang turut memberikan sokongan kepada Afreen Fatima pula berkata, beliau adalah yang paling lantang di kalangan kita. Ketakutan terdedah telah membuat kerajaan marah dengan suara-suara berbeza pendapat.

Khaled A Beydoun melaungkan sokongan padu terhadap Afreen Fatima melalui instagram millknya.

“Berapa banyak tangkapan yang boleh anda lakukan? Berapa banyak rumah yang akan anda runtuhkan? Kami berdiri di sebelah satu sama lain tanpa syarat. Tidak Kira Apa!” tegasnya. 

Terdahulu, menurut laporan Outlookindia lagi, Fatima ialah seorang aktivis pelajar. Beliau merupakan pelajar di Universiti Jawaharlal Nehru di Delhi dan bekas presiden kesatuan pelajar Kolej Wanita, Universiti Muslim Aligarh.

“Fatima aktif semasa protes anti-CAA/NRC (bantahan Akta Pindaan Kewarganegaraan yang berlaku selepas Akta Pindaan Kewarganegaraan digubal oleh Kerajaan India pada 12 Disember 2019) pada 2019-2020 di Shaheen Bagh, New Delhi. Dia juga telah menganjurkan perkumpulan wanita Islam dan telah mengadakan bantahan terhadap isu larangan hijab sebelum ini.

“Afreen Fatima ialah seorang aktivis pelajar yang telah menjadi lambang yang menonjol dalam protes anti-CAA/NRC dan dalam protes terhadap larangan hijab,” ujar laporan tersebut. -HARAKAHDAILY 13/6/2022

- Advertisement -