Amaran Islam buat Modi, BJP: Kalau berani, buatlah lagi!

Adakah tindakan sekatan ekonomi terhadap India oleh Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain susulan kontroversi penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW selepas ini akan menginsafkan Narendra Modi dan BJP daripada berterusan menyokong tindakan Islamofobia yang dikenakan kepada masyarakat Islam di India? (FOTO South Asia Index)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR dan YUSMAN AWANG

NEW DELHI: Selepas berdepan dengan kemarahan lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia susulan kenyataan rasis dua pegawai tertinggi parti pemerintah negara itu, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang baru-baru ini secara jelas dan tidak semena-mena menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam, kerajaan India khabarnya telah mengambil tindakan drastik terhadap dua individu berkenaan.

Ia adalah susulan kenyataan anti-Islam berkenaan, negara-negara Islam dari rantau Teluk termasuk Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Oman, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Pakistan telah bersatu dan sebulat suara mengecam perkara itu sebagai ancaman terhadap Islam sejagat.

- Advertisement -

Sebagaimana dilaporkan The New Arab, beberapa negara Teluk itu dengan pantas dan tegas pada Ahad telah tampil mengutuk kenyataan jahat dan rasis yang disifatkan sebagai Islamofobia dibuat pada minggu lalu, salah seorang daripadanya ialah Nupur Sharma, yang merupakan jurucakap BJP di bawah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Dan dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan rasis itu, kerajaan Modi akur menggantung tugas Sharma dan memecat seorang pegawai lain, Naveen Kumar Jindal.

Respons dari negara-negara Arab khususnya telah mengejutkan India yang sebelum ini secara berterusan dengan sewenang-wenagnya melakukan diskriminasi dan ancaman terhadap hak umat Islam di India.

Sekurang-kurangnya 14 negara Islam seluruh dunia telah mengutuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang telah dilontarkan oleh kenyataan dua anggota BJP India. (FOTO EPA)

“India terkejut dengan respons negara-negara Islam (Arab) itu,” kata seorang felo badan pemikir, Observer Research Foundation di New Delhi, Kabir Taneja.

“Isu-isu perkauman bukan perkara baharu di India dan dalam kes-kes sebelum ini, India tidak mendapat respons sedemikian (dari negara-negara Arab),” tambahnya.

Sekurang-kurangnya 14 negara-negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan melampau anggota BJP India itu yang nampaknya kini kembali ‘memakan’ diri mereka sendiri.

Sekatan ekonomi melalui tindakan Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain yang menarik semula produk India dari gedung beli-belah mega di negara masing-masing turut mengejutkan India.

Sementara fakta bahawa UAE, Arab Saudi dan Iraq masing-masing adalah rakan dagang ketiga, keempat dan kelima terbesar India pada tempoh 2021 hingga 2022 juga menyebabkan kerajaan pimpinan Modi dilihat akur dengan akhirnya menghukum kedua-dua Nupur dan Naveen.

Sebagai pengimport minyak ketiga terbesar di dunia, India bergantung kepada Timur Tengah yang merangkumi 65 peratus sumber import minyak mentahnya.

Sebaliknya, India pula menghantar berjuta-juta rakyatnya ke negara-negara Teluk yang menghantar pulang berbilion dolar dalam bentuk kiriman wang.

India kini meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya dikenakan sekatan ekonomi oleh negara-negara Teluk. (FOTO The New Arab)

“Terdapat lebih 8 juta bukan pemastautin India di seluruh negara-negara Teluk yang merupakan sumber utama import minyak dan gas negara itu, dan perdagangan dua hala melebihi AS$100 bilion,” kata seorang felo di Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik berpangkalan di Bahrain yang melakukan penyelidikan terhadap dasar luar India di Teluk, Hasan Alhasan.

Menurutnya, hubungan baik dengan negara-negara Teluk sangat penting bagi India. Seramai 3.5 juta warga India ketika ini sedang bekerja di UAE yang menyumbang sebanyak 33 peratus (atau lebih AS$20 bilion setahun) daripada jumlah kemasukan wang asing ke negara itu.

Terdahulu, UAE juga telah memilih India sebagai antara tujuh negara lain sebagai rakan ekonomi masa depannya. Menteri Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal sebelum ini dilaporkan berkata negara Teluk itu merancang untuk melabur sebanyak AS$100 bilion di India, sebahagiannya untuk pembuatan dan infrastruktur.

Namun dengan perkembangan terbaharu ini, India telah meletakkan negara itu ke dalam keadaan kancah bahaya dari segi dikenakan tindakan sekatan ekonomi oleh negara-negara Teluk yang tersinggung dengan penghinaan kedua-dua Nupur dan Naveen terhadap Nabi Muhammad SAW, seolah-olah ia sebenarnya satu ‘hukuman’ terhadap keseluruhan penindasan umat Islam di negara itu selama ini yang direstui Modi dan BJP.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Qatar, Soltan bin Saad Al-Muraikhi dalam satu kenyataan berkata, kata-kata penghinaan tersebut akan membawa kepada hasutan kebencian agama, dan menyinggung perasaan umat umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, menurut laporan Al Jazeera, Doha menuntut permohonan maaf secara terbuka dan segera daripada kerajaan India.

Komuniti wanita Muslim India menuntut tindakan diambil terhadap jurucakap parti nasionalis kerajaan India, BJP, Nupur Sharma dalam satu tunjuk perasaan di Mumbai pada 6 Jun 2022 (FOTO PTI)

Dalam twitternya, Pembantu Menteri Luar Qatar, Lolwah al-Khater pula menegaskan sikap Islamofobia  telah mencapai tahap berbahaya di India yang telah lama terkenal dengan kepelbagaian dan kewujudan bersama itu.

“Kecuali jika berhadapan secara rasmi dan sistemik, ucapan kebencian sistemik yang menyasarkan umat Islam di India akan dianggap sebagai penghinaan yang disengajakan terhadap dua bilion umat Islam di seluruh dunia,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan memanggil seorang diplomat India di negara itu dan menyampaikan ‘kecaman keras’ Islamabad, sehari selepas Perdana Menteri, Shahbaz Sharif membidas kenyataan rasis itu sebagai telah menghalang kebebasan beragama dan menganiaya umat Islam di India dan seluruh dunia.

Masyarakat Muslim India bangkit mempertahankan maruah Islam yang dihina susulan kenyataan Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal melalui tunjuk perasaan di Mumbai pada 6 Jun 2022.(FOTO PTI)

Kritikan terhadap India juga datang Afghanistan dalam kenyataannya yang menegaskan kerajaan India tidak sepatutnya membenarkan golongan individu fanatik seperti Sharma dan Naveen menghina Islam dan mengguris perasaan umat Islam.

Selain itu, Kuwait juga memberi amaran bahawa jika kedua-dua pegawai nasionalis Hindu berkenaan tidak dihukum susulan kenyataan rasisnya itu, India akan melihat peningkatan kemarahan daripada negara-negara Islam di seluruh dunia dalam tempoh terdekat ini.

Mufti besar kesultanan Oman juga menyifatkan ‘kebiadapan’ parti pimpinan Modi terhadap Islam sebagai satu bentuk peperangan.

Ahli Parlimen Kongres India, Shashi Tharoor tidak ketinggalan menyindir kerajaan India di bawah pimpinan Narendra Modi melalui twitternya susulan kontroversi kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal. (FOTO YouTube)

Dalam pada itu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Jeddah berkata,  kenyataan dua pegawai Hindu itu datang dalam konteks meningkatkan kebencian dan penderaan secara sistematik terhadap umat Islam di India.

Kementerian Luar Iran juga dilaporkan turut memanggil duta India ke Iran bagi menjelaskan tentang kenyataan jahat Sharma itu.

Inilah dua wajah yang telah menaikkan kemarahan lebih dua bilion Muslim di seluruh dunia dengan kenyataan jahat mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW dan kesucian agama Islam, Nupur Sharma (kiri) dan Naveen Kumar Jindal. (FOTO India Post English)

Sementara BJP turut menghadapi kritikan daripada penyokongnya sendiri yang menyiarkan komen di media sosial bahawa kenyataan Sharma dan Naveen itu akan meletakkan India di bawah tekanan antarabangsa.

Turut menyelar sambil menyindir dengan ayat yang penuh makna tersirat khusus buar Modi dan BJP ialah Ahli Parlimen Kongres India, Shashi Tharoor melalui twitternya yang berbunyi: “Mereka telah menjadikan ‘pesta’ terlalu lama. Dan sebahagian daripada mereka ‘tidak terpengaruh’. Dalam proses itu negara (India) telah ‘dinyanyikan’.

Muslim di seluruh dunia tidak akan berdiam diri dan akan bersatu menentang pihak yang bertindak jahat cuba menghina dan mengancam kesucian agama Islam. (FOTO Dunya News)

Pada minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata, India di bawah pimpinan Modi sedang menyaksikan serangan yang semakin meningkat ke atas orang ramai dan tempat ibadat, khususnya sentimen dan serangan anti-Muslim di seluruh negara itu. 

Baru-baru ini, ketegangan agama semakin memuncak selepas beberapa kumpulan Hindu berarak ke mahkamah tempatan di utara bandar Varanasi untuk mendapatkan kebenaran  mengadakan upacara sembahyang dalam masjid yang telah dibina pada abad ke-17 di situ, mendakwa ia dibina selepas sebuah kuil dirobohkan. 

Pengkritik berkata, ketegangan tersebut telah diburukkan lagi oleh siaran televisyen India yang menambahkan lagi perdebatan sengit tentang isu berkenaan.

Persoalannya adakah BJP sudah insaf daripada siri tindakannya yang sebelum ini cuba menyokong Islamofobia dan merampas hak asasi kebebasan beragama umat Islam di India? Sebaris ayat amaran umat Islam khusus buat Modi dan BJP: “Kalau berani, buatlah lagi!”. – HARAKAHDAILY  7/6/2022

- Advertisement -