Syawal 1433H berakhir hari ini – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Selepas 30 hari umat Islam khususnya di Malaysia meraikan sambutan raya pada bulan Syawal, maka hari ini adalah hari terakhir buat mereka meraikannya. - (FOTO HIASAN)
- Advertisement -

Oleh  ZULHAIDI MANSOR

KUALA LUMPUR: Jabatan Mufti Negeri Selangor memutuskan hari ini adalah hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri bersamaan dengan 29 Syawal 1443H  berdasarkan kedudukan hilal (bulan) dan matahari.

Fakta berkenaan dikongsi oleh jabatan tersebut menerusi laman Facebook mereka yang memberitahu bahawa Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam.

- Advertisement -

“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini dan mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah,” jelas kenyataan tersebut.

Makna Kriteria Imkanurrukyah sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau seperti Indonesia, Brunei dan Singapura adalah  bulan  yang dianggap boleh kelihatan apabila matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari dan bulan tidak kurang daripada 6.4 darjah.

Info grafik kedudukan bulan pada 30 Syawal 1443 Hijrah (FOTO Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Sementara, elongasi dalam astronomi bermaksud pemisahan sudut dalam kes penentuan hari terakhir Syawal ia membawa maksud pemisahan sudut antara  matahari dan planet, dengan bumi sebagai titik acuan.

Sehubungan itu, kenyataan jabatan itu berkata: “Maka, keesokan hari, 31 Mei 2022 (hari ini)  iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443H.

“Sehubungan itu, 1 Zulkaedah 1443 Hijrah ditetapkan pada esok iaitu Rabu 1 Jun 2022,” ujar kenyataan jabatan tersebut yang turut  turut berkongsi info grafik tentang kedudukan bulan pada 30 Syawal 1443 Hijrah. – HARAKAHDAILY 31/5/2022

- Advertisement -