30,000 hadiri rumah terbuka MB Kedah

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Hampir 30,000 pengunjung hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon semalam, yang dibanjiri orang ramai bermula jam 11 pagi.

Kebanyakannya mengambil peluang setelah dua tahun berdepan dengan prosedur operasi standard (SOP) akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Menteri Besar berkata, majlis secara besar-besaran seumpama itu merupakan yang pertama selepas negara dilanda wabak Covid-19 selama dua tahun.

“Inilah benchmark yang kita usahakan supaya rakyat dapat bergembira menyambut Aidilfitri, namun dalam masa yang sama menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan lain,” ujar beliau pasa majlis tersebut.

Nasi putih gulai rias pisang antara menu istimewa yang disediakan khas secara gotong royong oleh penduduk Jeneri, Sik untuk pengunjung rumah terbuka terbabit.

Manakala 22 gerai disediakan termasuk menghidangkan ketupat, rendang, satay, apom balik, apom lenggang, laksa, ais kacang, keoy teow, bihun, mi goreng dan lain-lain.

Sementara itu kanak-kanak tidak dilupakan dengan pemberian ‘duit raya’ yang disampaikan Sanusi dan isterinya Datin Seri Jusmalailani Jusuh.

Majlis yang berakhir jam 3 petang tersebut turut dihadiri anggota Exco, Adun, pegawai dan kakitangan kerajaan, wakil-wakil jabatan, parti politik serta badan bukan kerajaan.

Sepanjang empat jam majlis itu berlangsung, pengunjung dihiburkan oleh artis terkenal kelahiran Kedah termasuk Lan Pet Pet, Amir Ringgo, Ashed DefgebC dan kumpulan buskers. – HARAKAHDAILY 8/5/2022

- Advertisement -