Musala kumpul dana bantu penduduk miskin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Mengambil kira kesuraman ekonomi menjelang sambutan Aidilfitri, Masjid al Muhsinin Kampung Belukar Jalan Telipot turut mengagihkan bakul makanan kepada penduduk miskin.

Seramai 25 penduduk miskin menerima sumbangan bakul makanan termasuk mengandungi beras, minyak masak, milo, teh, biskut dan pelbagai lagi.

Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Pengerusi Masjid al Muhsinin Ismail Taib pada majlis yang diadakan di masjid berkenaan petang ini.

- Advertisement -

Sebelum itu penerima sumbangan tersebut yang daripada penduduk miskin dan armalah sekitar Kampung Belukar menunaikan solat berjemaah Asar. Sebahagian mereka bekerja kampung dan ada juga yang menternak lembu secara lecil-kecilan.

Ismail juga berkata, pada 10 dan 20 Ramadan lepas masjid terbabit mengagihkan juadah berbuka puasa kepada 200 keluarga penduduk tersebut pada program ‘Ziarah Kasih’.

“Agihan juadah tersebut yang membabitkan kos RM6,000 hasil sumbangan orang ramai diagih dari rumah ke rumah penduduk sekitar kampung terbabit.

“Program agihan juadah tersebut bermula tahun lepas sebagai menggantikan program iftar yang tidak dapat diadakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya pada program tersebut.

Menurutnya juga agihan ‘jjabir asnaf’ dimulakan pada Ramadan 2020 yang melibatkan 200 keluarga dan diteruskan pada tahun lepas dan tahun ini.

Oleh itu Ismail merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan pelbagai pihak yang membantu mengisi tabung Ihya Ramadan Masjid al Muhsinin bagi membolehkan pelbagai program kebajikan dapat diadakan.

Beliau juga berharap penerima sumbangan tersebut terus mengimarahkan masjid selepas Ramadan dengan mengikuti program kuliah agama yang diadakan setiap minggu di masjid tersebut.

Masjid al Muhsinin merupakan antara musala yang aktif di bawah mukim pentadbiran Masjid Sultan Muhammad II (Masjid Telipot). Masjid tersebut dibina pada 1956., sebelum ini dikenali sebagai Masjid Haji Hamzah. – HARAKAHDAILY 30/4/2022

- Advertisement -