Exco turun padang temui anak perantau sempena Ramadan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Setelah dua tahun program Ihya Ramadan pimpinan kerajaan negeri bersama anak Kelantan tidak dapat diadakan, Ramadan kali ini program tersebut diadakan semula.

Penolong Pengarah Seranta Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Abdul Malik Abdul Karim berkata, program tersebut tidak dapat diadakan pada tahun lepas dan 2020 berikutan penularan Covid-19.

Katanya, program Ihya Ramadan diadakan setiap tahun sempena Ramadan bagi membolehkan pimpinan kerajaan negeri bertemu dengan anak-anak perantau di seluruh negara.

- Advertisement -

Kata beliau program tersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan Malaysia (Perakan).

“Majlis Ihya Ramadan pada Ramadan ini dimulakan di zon selatan bertempat di Dewan Nibong, Taman Daya, Jalan Nibong 14, Taman Daya, Johor Bahru, Johor pada 6 Ramadan ini.

“Program tersebut bermula jam 6 petang dimulakan dengan kupasan ayat tadarus al Quran dan diikuti ucapan pimpinan kerajaan negeri (Exco) sebelum berbuka puasa,” katanya di sini.

Menurutnya juga pada program tersebut juga akan diadakan solat tarawih.

Manakala Majlis Ihya Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Timur) pula akan diadakan pada 8 Ramadan bertempat di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Selain itu program serupa juga akan diadakan bagi zon utara di Maahad Tahfiz Intan, Sungai Petani, Kedah pada 13 Ramadan.

Bagi program zon tengah pula akan diadakan di Bangi Convention Centre (BCC), Bandar Baru Bangi, Selangor pada 15 Ramadan (17 April) bermula jam 600 petang

Abdul Malik berkata, program di Bangi dijangka turut dihadiri Menteri Bsar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Katanya juga zon bagi Sabah dan Sarawak akan diadakan pada Syawal bagi memberi peluang pimpinan negeri bertemu mata dengan perantau Kelantan yang bekerja di Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 4/4/2022

- Advertisement -