Ramadan di Saudi: Robot hidang air zam-zam, sekatan kelantangan pembesar suara

- Advertisement -

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa selain robot akan digunakan untuk menghidangkan air zam-zam kepada jemaah masjid, beberapa larangan, sekatan dan peraturan ketat di masjid-masjid di negara itu sepanjang Ramadan kali ini turut diwartakan.

Ia susulan kesemua halaman Masjid Haram kini dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh buat kali pertama pada Ramadan tahun ini pada jemaah tanpa penjarakan sosial, sejak pandemik Covid-19 tercetus di seluruh dunia kira-kira dua tahun lalu.

- Advertisement -

Kementerian Hal Ehwal Islam dalam kenyataannya pada Rabu (30 Mac) berkata, selain hidangan air zam-zam buat jemaah masjid dan mensanitasi kawasan masjid dilakukan oleh robot, sekatan dikenakan terhadap tahap kelantangan suara untuk pembesar suara di masjid-masjid di negara tersebut semasa Ramadan.

“Tahap kelantangan suara penceramah yang memberikan ceramah tidak boleh melebihi satu pertiga daripada jumlah penuh.

“Kakitangan masjid perlu memastikan kesemua jemaaah khususnya penceramah perlu  mematuhi pekeliling yang mengehadkan penggunaan pembesar suara luaran untuk azan pertama (adzan) dan kedua (iqamah). 

“Penceramah juga tidak boleh digunakan untuk solat tambahan sepanjang bulan mulia ini,” ujar kenyataan tersebut.

Selain menghidangkan air zam-zam buat jemaah, khidmat robot juga digunakan untuk mensanitasi Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. (FOTO The Siasat Daily)

Selain itu, kementerian tersebut juga  telah mengeluarkan pekeliling melarang pengutipan  derma kewangan untuk juadah berbuka puasa.

“Kementerian juga melarang rakaman penyebaran secara langsung solat dari masjid di semua jenis media semasa Ramadan,” tambah kenyataan itu. -The National News

- Advertisement -