Husam diminta kemukakan bukti

Tuduhan 2,200 ekar ladang Li Yongbo di Kelantan

- Advertisement -

KAEDAH dalam ilmu fekah bila berlaku sebarang tuduhan, si penuduh perlu bawakan bukti yang boleh dijadikan asas kepada tuduhan. Bukti itu tidak boleh dalam bentuk sumber ketiga yang tidak dipastikan kesahihan. 

- Advertisement -

Polemik tuduhan tanpa asas dan hanya menimbulkan kekecohan, malah mencalarkan imej seseorang apatah lagi sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang menjadikan dasar Membangun Bersama Islam adalah tidak bertanggungjawab dan mengundang dosa.

Tuduhan yang dibuat tidak semena-mena tanpa datangkan bukti atau sekurang-kurang semakan apa jua dokumen kerajaan dan semata-mata mahu supaya pihak kerajaan yang dituduh untuk menafikannya dengan bukti adalah tidak wajar.

Jika Husam boleh menuduh tanpa dokumen selain pautan sensasi, apa perlu kerajaan melayan tuduhan? Jika tuduhan dijawab sekalipun, ia adalah ihsan kerajaan atas manipulasi Husam menjentik rakyat dengan sentimen. Adilkah?

Namun sebagai sebuah kerajaan, urusan ekonomi boleh sahaja diuruskan melalui pelabur luar, tanpa menafikan hak rakyat setempat tapi bukan dalam kes yang dituduh Husam. Barangkali Husam lupa setelah lama bertapa, bagaimana ekonomi negeri diuruskan?

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 29/3/2022

- Advertisement -