Hospital Pendang bakal beri manfaat kepada 100,000 penduduk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hospital Pendang akan menjadi satu kemudahan penting, kata Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Katanya, hospital itu bakal memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di Pendang dan daerah berdekatan.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau mengadakan lawatan kerja ke tapak projek hospital itu, semalam untuk melihat perkembangan dan juga pemeriksaan keselamatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah.

“Jadi, ia perlu dijamin dari sudut keselamatan dan juga kesihatan di tapak projek,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Beliau mengikuti rapat sejarah pembinaan hospital itu sejak pengambilan tanah pada tahun 1983 hinggalah ia dimulakan pada tahun 2018.

Oleh demikian, ujarnya hospital itu merupakan satu penanda aras yang penting dalam daerah Pendang.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan juga pihak kontraktor atas kerjasama dalam lawatan semalam.

Hospital Pendang yang berkapasiti 126 katil kini pembinaannya sudah mencapai 95 peratus. – HARAKAHDAILY 28/3/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!