Sedekah tidak mengurangkan harta

- Advertisement -

SEDEKAH adalah amalan yang dituntut dalam Islam. Rasulullah S.A.W menjanjikan bahawa orang yang bersedekah tidak akan berkurang hartanya.

- Advertisement -

Hal ini disebut dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W: Baginda bersabda:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

[Riwayat Muslim (4689)]

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud): 

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

[al-Baqarah: 261].

Sama-samalah kita mengeluarkan sebahagian daripada harta kita untuk bersedekah. Apa yang kita mampu kita sedekahkan. Semoga sedekah kita dapat menjadi penolong kita di akhirat kelak.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 18/2/2022

- Advertisement -