Rayan, pemergianmu hidupkan cinta kami kepada Babu al-Rayyan

- Advertisement -

RAYAN yang tidak pernah dikenali tiba-tiba menjadi bualan masyarakat dunia. Merebaknya nama ini lebih pantas daripada COVID-19 lagi. Tentulah ada hikmahnya tersendiri.

Rayan yang berusia 5 tahun terjatuh ke dalam lubang perigi itu sejak Selasa, kedalamannya 32 meter pada saiz 20-30 sentimeter sahaja. Semua warga dunia menangisi pemergian Rayan buat selamanya. 

- Advertisement -

Kematian Rayan sepatutnya mengetuk pintu hati masyarakat dunia. Bahawasanya Rayan akan hidup kembali tidak lama lagi. 

Kenapakah masyarakat dunia tidak pernah menangisi pemergian Rayan setiap tahun setelah perginya Ramadan. Setiap tahun Allah S.W.T akan membuka pintu Rayyan untuk para hamba-Nya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

“Daripada Sahl R.A, Nabi S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, Maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut.”

(Hadis Riwayat Bukhari No: 1896)

Terima kasih Rayan kematianmu mengingati kami akan kebesaran Pintu Syurga sudah hampir dibuka kepada kita. Buatlah persiapan sebaik mungkin untuk kita menyambut Rayan yang semakin hampir. Pertingkatkan amalan dan amal kebajikan menuju Ramadan yang hampir ini. 

Al-Quran jangan dilupakan. Bacalah al-Quran dengan mulutmu, matamu perhatikanlah ayatnya, telingamu hayatilah kemerduannya, hatimu menikmati ketenangan dan kelazatannya. Rayan pemergianmu menghidupkan kecintaan kami kepada Babu Ar-Rayyan.

YB USTAZ SALIM MAHMOOD AL-HAFIZ
ADUN Bukit Lada – HARAKAHDAILY 7/2/2022

- Advertisement -