Dos penggalak perlu kempen dari rumah ke rumah

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Pengalaman melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Jun sehingga Oktober lepas menjadi panduan bagi melaksanakan kempen dos penggalak.

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, pendekatan mendekati komuniti yang dilaksanakan wakil rakyat di Kelantan sebelum ini menyebabkan sambutan rakyat program vaksinasi meningkat.

Katanya kempen tersebut pernah dilaksananya di jajahan Bachok yang melibatkan komuniti dan pemberian vaksin dari rumah ke rumah sehingga mencapai sasaran diharapkan.

- Advertisement -

“Dos ketiga pun kita akan buat perkara yang sama. Kita akan buat dahulu walaupun agak perlahan penerimaan masyarakat.

“Sekarang orang ramai terpaksa pergi ke klinik atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu untuk mendapatkan dos ketiga. Ini antara punca sambutan orang ramai agak kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas jamuan makan malam Majlis Tautan Budi Barisan Hadapan Vaksinasi Parlimen Bachok di Hotel H-Elite Bandar Baru Tunjong di sini malam tadi.

Hadir sama Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin; Pengawai Perubatan Vaksinasi Daerah Bachok, Dr Nazmi Shakri dan Presiden NGO Misi Kembara Dakwah (MKD) Mohd Khalid Mat Zari.

Baru-baru ini Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin berkata, kesedaran rakyat untuk mendapatkan dos penggalak masih rendah berbanding populasi dewasa di Kelantan 1.2 juta orang.

Menurutnya kempen itu perlu diterus memandangkan ketika vaksin dos pertama dan kedua sikap tunggu dahulu punca program vaksinasi kurang dapat sambutan.

Wan Martina juga berkata sambutan vaksinasi dos penggalak rakyat Kelantan perlahan dos dibanding dengan negeri-negeri lain. – HARAKAHDAILY 13/1/2022

- Advertisement -