12 muka baharu anggotai Kabinet Sarawak

- Advertisement -

KUCHING: Kabinet baru Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya malam tadi.

Kabinet terbabit membabitkan seramai 10 menteri dan 26 Menteri Muda.

Majlis bersejarah itu turut disaksikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Amar Jaul Samion.

- Advertisement -

Majlis angkat sumpah terbabit dimulakan tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Dato’ Amar Douglas Uggah Embas, Dato’ Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato’ Seri Dr Sim Kui Hian.

Kemudian diikuti Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato’ Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pemodenan, Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain itu Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Lee Kim Shin; Menteri di Jabatan Ketua Menteri Dato’ John Sikie Tayai; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato’ Julaihi Narawi serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato’ Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Muda pula terdiri daripada Dato’ Francis Harden Hollis, Dato’ Dr Jerip Susil, Dato’ Liwan Lagang, Dato’ Rosey Yunus, Dato’ Len Talif Saleh, Dato’ Dr Abdul Rahman Junaidi, Dato’ Dr Abdul Rahman Ismail, Dato’ Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Dato’ Dr Malcolm Mussen Lamoh, Dato’ Dr Penguang Manggil, Dato’ Snowdan Lawan, Dato’ Abdullah Saidol dan Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew.

Menurut laporan Edisi UKAS 12 muka baharu iaitu Dato’ Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Dato’ Dr Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Dato’ Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Dato’ Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Dato’ Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 18 Disember lepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencatat kemenangan besar apabila menguasai 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Pencapaian itu lebih besar berbanding PRN 2016 apabila menang 72 kerusi ketika berada bersama Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 5/1/2022

- Advertisement -