Sewa 22 jentera untuk pembersihan pasca banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 buah jentera berat disewa bagi kerja-kerja pembersihan barangan pelupusan sampah untuk lima kawasan yang dilanda banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata misi bantuan itu turut giat dijalankan di Pahang.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, sejak pagi tadi (semalam) saya bersama-sama pasukan Khidmat Malaysia dengan kerjasama antara PAS kawasan, Rahmat Care dan NGO prihatin telah menyantuni mangsa banjir yang telah dikenal pasti musnah hampir keseluruhan harta benda,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan itu terdiri daripada barangan keperluan khusus seperti seperti dapur gas, tong gas, periuk nasi dan kelengkapan solat yang berjumlah RM20,000.

“Tahniah kepada semua sukarelawan kita yang bersama saya sejak pagi tadi sehingga dinihari.

“Usaha kita bukan hanya setakat itu, sebanyak 22 buah jentera berat disewa bagi kerja-kerja pembersihan barangan pelupusan sampah untuk lima kawasan di Negeri Selangor. Misi bantuan ini turut giat dijalankan di Negeri Pahang,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengucapkan turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

“Sesungguhnya, tak cukup hanya usaha daripada kerajaan, kebersamaan kita untuk bersiap siaga juga penting tatkala hujan berterusan di beberapa kawasan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/1/2022

- Advertisement -