Tahun 2022 dimulakan dengan sihat dan dakwah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Permulaan Januari 2022, kami mulakan dengan sihat dan dakwah di Pengkalan Chepa,” ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau menyatakan perkara itu menerusi satu hantaran di laman Facebook petang semalam.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu turut memuat naik doa yang diucapkan oleh Nabi SAW sebagaimana berikut:


‎إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

Menurutnya, dengan doa pembuka kata yang diucapkan Nabi SAW itu, Dhimad Al-Azdi, seorang bomoh yang menuduh Rasulullah SAW gila, telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi SAW dan berbai’ah untuk kaumnya juga supaya masuk islam.

Beliau berkata, dengan doa yang mempunyai makna yang sangat hebat itu juga Perasmian Penutup Karnival Sukan Bulan Dakwah YADIM Peringkat Negeri Kelantan disempurnakan pada petang semalam.

“Penghujung 2021 kami akhiri dengan misi gotong-royong pasca banjir di Temerloh dan Mentakab. Permulaan Januari 2022, kami mulakan dengan sihat dan dakwah di Pengkalan Chepa,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, sesungguhnya segala puji tertentu hanya bagi Allah.

“Kita memuji dan memohon pertolongan-Nya, sesiapa yang Dia beri petunjuk maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dia Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Muhammad sollallaahu ‘alaihi wasallam adalah hamba dan Rasul-Nya,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 2/1/2022

- Advertisement -