Jangan meremehkan walau sekecil-kecil kebaikan

KITA digalakkan untuk berwajah senyum dan bermanis muka ketika berjumpa dengan saudara se-Islam kita.

Advertisement

Galakan ini datang daripada Nabi S.A.W sendiri sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar R.A, beliau berkata: Nabi S.A.W bersabda:

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

 “Janganlah meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun hanya ‎bertemu saudaramu dengan wajah berseri-seri.”

(Riwayat Muslim (2626))

Hadis ini adalah galakan kepada kita untuk bersemangat dalam mengamalkannya dan ‎tidak meremehkannya kerana ingin memupuk kasih sayang terhadap sesama saudara ‎Muslim serta dapat menyusupkan kebahagiaan ke dalam ‎hati umat Islam.

Indahnya Islam sehinggakan senyum sesama kita juga disebut secara khusus dan merupakan perbuatan yang dapat menyatukan kita kaum Muslimin. Marilah kita bermanis muka apabila bertemu dengan saudara se-Islam kita, mudah-mudahan kita dapat bersatu padu sesama saudara se-Islam kita.

Usahlah kita menganggap ianya satu perkara yang kecil, kita tidak tahu apakah yang sedang saudara kita alami tetapi mereka masih lagi senyum tatkala bersua muka dengan kita. Senyum.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 7/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/459949782358734/