Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai: Hutan Simpan Ulu Sat perlu diganti

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kawasan hutan simpan kekal perlu digantikan sekiranya terdapat sebahagian daripadanya adalah termasuk dalam jajaran projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya difahamkan sebahagian Hutan Simpan Kekal (HSK) di Ulu Sat, Machang adalah termasuk dalam pembinaan lebuh raya yang dijangka siap pada 2025 itu.

- Advertisement -

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya difahamkan sebahagian hutan simpan kekal di Ulu Sat, Machang adalah termasuk dalam pembinaan lebuh raya yang dijangka siap pada 2025 itu.

“Kita difahamkan di kawasan hutan simpan kekal di Ulu Sat, Machang termasuk dalam rangka jajaran pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. Apa pun ia perlu ganti.  Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Tanah Negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program tanaman 100 juta pokok di Taman Tengku Anis, di sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Mohd Ridza Awang.

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai itu akan bersambung dengan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti laluan ke Pantai Timur.

Ahmad (kanan) ketika membuat pelepasan kayuhan berbasikal sejauh 3.3 kilometer ke Taman Tengku Anis di Tanjung Chat yang diketuai Takiyuddin (depan) di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini.

Tambah Takiyuddin, negara dan dunia sedang menuju ke arash konsep teknologi hijau dalam mengimbangkan pembangunan dengan kelestarian alam sekitar.

“Kita tidak boleh rosakkan alam sekitar, pada masa yang sama kita akan mendapat pulangan hasil penjagaan alam sekitar,” ujarnya.

Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, melepaskan kayuhan berbasikal yang diketuai Takiyuddin di Hotel Perdana di sini awal pagi ini.

Seramai 20 orang melakukan kayuhan berkenaan sejauh 3.3 kilometer bermula di hotel berkenaan dan berakhir di Taman Tengku Anis di Tanjung Chat. Pada majlis itu juga,Takiyuddin sempat menanam pokok di taman berkenaan sebagai simbolik penghijauan alam di taman tersebut. – HARAKAHDAILY 10/10/2021

- Advertisement -