Kesahihan audio tular pertikai TG Abdul Hadi perlu dibuktikan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kesahihan rakaman audio didakwa mirip seorang pemimpin PAS yang mempertikai kepimpinan Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, pada masa yang sama  pihaknya terbuka untuk disiasat berhubung kesahihan audio terbabit sekiranya ada laporan polis dibuat.

- Advertisement -

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana bagi beliau dakwaan tersebut lebih bersifat andaian.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian. Andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” katanya di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial. –  HARAKAHDAILY 10/10/2021

- Advertisement -