Keluarga Malaysia umpama ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, pada hari Jumaat penuh berkah ini telah berlangsung majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia.

“Barangkali ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya idea Keluarga Malaysia?” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Advertisement -

Menurut beliau, jawapannya mudah kerana sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

Tambahnya, dalam konteks negara, rakyat adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

“Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan perbezaan dan menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

“Amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah belah yang kita amalkan sebagai Keluarga Malaysia umpama peribahasa ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, petang ini. – HARAKAHDAILY 8/10/2021

- Advertisement -