RM1.04 juta dibelanja PMR Kubang Kerian hingga Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1,040,000 telah dibelanjakan untuk Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Kubang Kerian sehingga Ogos lalu.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek-projek itu terdiri daripada kerja menaik taraf 34 jalan, membuka tiga jalan baharu, membina lapan pagar, menaik taraf lima sistem perparitan, membina tiga fasiliti awam sebanyak dan menaik taraf sebuah surau.

“Saya amat berharap agar projek-projek ini memberi keselesaan dan menambah baik kemudahan hidup rakyat di Kubang Kerian khususnya,” ujarnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Sehuungan itu, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air mengucapkan terima kasih kepada para kontraktor yang telah menyiapkan kerja yang diamanahkan dengan baik.

“Kami terus menerima pelbagai aduan lain dan projek lain akan menyusul, insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2021

- Advertisement -