‘Tanggungjawab ini adalah amanah yang sangat besar’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan akan terus melakukan yang terbaik sebagai Menteri Kewangan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, beliau akan bersama-sama Kementerian Kewangan (MoF) dan agensi-agensi di bawahnya demi rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi negara.

- Advertisement -

Tengku Zafrul turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.

“Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, di atas kepercayaan beliau melantik saya sebagai Menteri Kewangan.

“Sesungguhnya tanggungjawab ini adalah amanah yang sangat besar.

“InsyaAllah, saya dan #TeamMOF, serta agensi-agensi di bawah MOF akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi Negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video di Facebook sejurus selepas Ismail Sabri mengumumkan senarai Kabinet Malaysia, hari ini. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -