12 pemuda muda sertai Akademik Mokhtar Dahari

- Advertisement -

KANGAR: Penswastaan kelab-kelab bola sepak di negara ini sebagai usaha mewujudkan pengurusan sukan itu secara lebih profesional.

Exco Belia dan Sukan Perlis berkata, Hamizan Hassan berkata, melalui penswastaan berlaku pemisahan persatuan bola sepak negeri (FA) kepada Kelab Bola Sepak (FC).

- Advertisement -

“Dasar ini akan mendorong pengurusan sukan bola sepak mempunyai pemilik tetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan pemain serta melahirkan bakat-bakat baru,” katanya pada persidangan Dun Perlis, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang), berkaitan perkembangan bola sepak Perlis.

Penswastaan tersebut berjaya melahirkan Perlis United Football Club (UFC), sehingga kini berjaya menyertai Liga Malaysia Divisyen 3 (M3).

Hamizan yang juga Adun Kayang berkata, kemunculan kelab itu dianggap perkembangan positif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

“Kewujudan kelab bola sepak terbabit selaras dengan dasar penswastaan Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Sebuah syarikat diwujudkan bagi mewakili kerajaan negeri mengurus kelab terbabit yang telah didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia Januari lepas.

“Kerajaan negeri tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran dan pengurusan dalaman PFA,” kata beliau.

Menurutnya juga kerajaan negeri mempunyai program khas untuk melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan Program Pembangunan Akar Umbi dikendalikan PFA.

Kata beliau seramai 400 pemain bola sepak remaja konsisten menjalani latihan yang dipantau Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis.

Katanya, MSN Perlis menyediakan kemudahan padang latihan dan tempat pertandingan, bantuan peralatan sukan, kemudahan tempat kursus dan klinik bola sepak.

Selain itu, bantuan pengangkutan untuk menyertai kejohanan dan kepakaran melalui perkhidmatan sains sukan.

“Melalui program sukan tersebut berjaya melahirkan bakat-bakat muda untuk ditempatkan di Akademik Mokhtar Dahari di Gambang sejak 2016 lagi.

“Seramai 12 pemain Perlis ditempatkan di akademi itu dan enam pemain mendapat panggilan skuad pelapis Malaysia bawah 13 tahun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -