Pejabat Presiden PAS nafi

KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden PAS menafikan kenyataan yang tular kononnya kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘PAS Bersedia Memimpin Kerajaan’.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pejabat Presiden PAS memaklumkan kenyataan yang sedang tular itu adalah palsu dan tidak berasas.

Advertisement

“Adalah dimaklumkan kenyataan yang sedang tular ini adalah palsu dan tidak berasas.

“Kenyataan rasmi PAS telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Sri Timbalan Presiden PAS,” ujar kenyataan itu, petang ini. – HARAKAHDAILY 29/7/2021