PAS Sungai Petani eratkan hubungan antara kaum

SUNGAI PETANI: PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina dan India yang telah dilangsungkan di Taman Kempas, di sini baru-baru ini.

Program hubungan antara kaum bertujuan memasyarakat dan mengeratkan hubungan PAS dengan kaum bukan-Islam khususnya telah dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sungai Petani.

Advertisement

Hadir meraikan para jemputan adalah Yang Dipertua PAS Sungai Petani, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sungai Petani, Noor Hidayah Foo Abdullah.

Dalam ucapan disampaikan Ustaz Fadzli yang juga ADUN Pantai Merdeka, beliau telah menerangkan dasar PAS dan Kerajaan Negeri Kedah selain majlis diserikan dengan cabutan bertuah dan jamuan.

Pada akhir majlis, telah diadakan serahan 18 borang permohonan keahlian Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) kepada Pengerusi DHPP Sungai Petani, Bala Raja Manikam yang juga Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Kedah.

Hadir sama adalah Ketua DHPP DUN Pantai Merdeka, Elanggo Singaram. – HARAKAHDAILY 17/4/2021